[Video] ‘Crossbar Challenge’ Lagenda Indra Putra Buat Rakan Sepasukan Tergamam
TV
KL City FC
Advertisements

Pemain sayap pasukan Kuala Lumpur City FC, Indra Putra Mahyuddin baru-baru ini telah mempamerkan kemampuan dan bakat beliau setelah melakukan satu ‘crossbar challenge’ yang meraih perhatian para penyokong terutamanya penyokong pasukan The City Boys.

Bekas bintang Kelantan itu dilihat masih mempunyai sentuhan berbisanya dalam satu sesi latihan bersama rakan sepasukan apabila melakukan satu sepakan sempurna yang singgah di palang gol.

Indra dalam satu video yang dimuat naik oleh laman rasmi Instagram KL City FC memaparkan teknik sepakan yang amat baik oleh pemain berusia 40 tahun ini.

Advertisements

Bukan itu sahaja, rakan-rakan sepasukan yang sedang menjalani latihan ketika itu juga seakan tergamam apabila melihat sepakan tersebut benar-benar singgah di palang gol.

Malah, salah seorang rakan sepasukannya iaitu pertahanan tengah pasukan, Irfan Zakaria tersenyum dengan gelagat rakan sepasukannya itu yang terus berlari bagi meraikan detik indah itu.

KL City yang masih lagi segar dengan kejayaan memenangi Piala Malaysia sudah pastinya mahu mempersiapkan pasukan dengan kemasukan beberapa muka baharu untuk memperkuatkan setiap posisi.

Advertisements

Ini juga pasti memberi cabaran yang cukup hebat buat Bojan Hodak dalam usaha mengekalkan prestasi pasukan setelah bakal beraksi dalam saingan AFC musim hadapan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram