Advertising
Cubaan Kelantan Ke Liga Super Terbantut
Liga A1
MakanBola
TRW Kelantan FC

Cubaan pasukan dari Pantai Timur, Kelantan FC untuk kembali ke Liga Super tertutup sepenuhnya.

Ini selepas Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mengumumkan nama empat pasukan Liga M3 mengintai slot ke-14 Liga Super musim 2024-2025.

Ad

Empat pasukan tersebut ialah Perlis United FC, juara liga musim lepas, Imigresen FC, naib juara Liga M3, KL Rovers FC dan Harini FT.

Ad

Keempat-empat pasukan ini telah mengemukakan permohonan Lesen Kebangsaan kepada First Instance Body (FIB) untuk musim 2024-2025.

Permohonan lesen luar biasa untuk slot ke-14 Liga Super dibuka MFL kepada kelab-kelab Liga M3 selepas Kelantan gagal mendapat Lesen Kebangsaan untuk musim 2024-2025.

Ad

Ini selepas pasukan yang diberi jolokan The Red Warriors itu gagal memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan FIB sebelum ini.

Ad

Selepas sah tersingkir dari Liga Super, Kelantan telah membuat persiapan untuk Liga M3. Ini termasuk menghantar permohonan mereka kepada Amateur Football League (AFL).

Ad