Ads
Komuniti
Pemerhati Pengadil

Arena bola sepak negara dicemari lagi dengan insiden pergaduhan. Kali ini ianya difahamkan berlaku di Sitiawan, Perak.

Advertisements

Dalam satu video yang dimuatnaik oleh Pemerhati Pengadil di laman X, terdapat pemain yang cuba menyerang pengadil perlawanan namun cubaannya gagal.

Advertisements

Ini kerana pemain tersebut telah terhempas ke tanah sebelum ditenteramkan rakan sepasukannya yang lain.

Advertisements

Advertisements

“Info mengatakan ini merupakan Kejohanan 9 Sebelah Antara Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Padang Pertanian, Sitiawan, Perak.

“Dikatakan Majlis Perbandaran Manjung menjadi tuan rumah bagi kejohanan tersebut. Keadaan pengadil masih belum diketahui lagi,” coret Pemerhati Pengadil di laman X.

Advertisements

Ini bukanlah insiden pergaduhan yang pertama yang berlaku bulan ini. Terdahulu, Liga Suparimau juga dicemari dengan insiden pergaduhan.

Liga Suparimau merupakan siri liga bola sepak remaja berumur dari 5 hingga 17 tahun yang dipertandingkan sejak tahun 2022. Liga ini selaras dengan hasrat Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk membangunkan akar umbi bola sepak di Malaysia.

Advertisements

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh juga meluahkan rasa kecewa dengan insiden pergaduhan yang terjadi. Semoga setiap pemain dapat menjadikannya sebagai iktibar dan berjaya mengawal amarah dalam perlawanan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram