Cukup 5 Tahun Di Malaysia, Dechi Marcel Sedia Untuk Naturalisasi?
Dunia
Kedah Darul Aman FC
Advertisements

Umum mengetahui bahawa jika seseorang pemain telah beraksi 5 tahun berturut-turut dalam negara, mereka layak untuk dinaturalisasikan sekali gus melayakkan mereka beraksi untuk negara tersebut.

Malaysia telah membenarkan program naturalisasi dan Mohamadou Sumareh merupakan pemain bola sepak naturalisasi pertama buat Malaysia. Kelicikan dan kelincahan yang dimiliki Sumareh ternyata banyak membantu pasukan negara dan yang sukar dilupakan adalah bagaimana Sumareh menjaringkan dua gol ketika membenam Indonesia pada tahun 2019.

Selepas itu, program naturalisasi diteruskan dengan Liridon Krasniqi dan Guilherme de Paula menjadi pemain seterusnya. Walaupun kedua-dua pemain ini masih gagal meninggalkan impak positif dalam pasukan negara, namun Liridon masih mempunyai masa untuk melakukan sesuatu kerana baru berusia 30 tahun berbanding De Paula yang bakal menjangkau 36 tahun, tahun ini.

Advertisements

Pasukan Sri Pahang pula dikhabarkan dalam proses untuk menaturalisasikan dua pemain mereka iaitu Lee Tuck dan Sergio Aguero. Walaubagaimanapun, sehingga kini masih tiada berita terkini berkenaan proses naturalisasi kedua-dua pemain tersebut.

Namun ramai yang terlupa bahawa pemain Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Dechi Marcel sebenarnya mampu untuk dinaturalisasikan kerana sudah mencukupi 5 tahun bermain di Liga Malaysia.

Dechi Marcel hadir ke Malaysia pada Januari 2017 untuk beraksi bersama UITM FC. Beliau kemudiannya berhijrah ke Terengganu FC pada Januari 2019 sebelum mengambil keputusan berhijrah ke Kedah musim ini.

Advertisements

Pemain ini sangat rajin di atas padang dengan mempunyai kebolehan yang sangat baik dalam merampas bola dari kaki pihak lawan. Selain itu pemain ini turut digelar ‘Kante’ kerana corak permainan beliau persis pemain Chelsea, N’Golo Kante yang sangat rajin membantu pasukan ketika menyerang dan juga ketika bertahan.

Dengan umurnya yang baru berusia 30 tahun, adakah Dechi Marcel masih relevan untuk dinaturalisasi? Semuanya terpulang kepada majikannya, KDA FC dan ianya juga memerlukan persetujuan pemain itu sendiri sama ada mahu menjadi pemain naturalisasi ataupun tidak.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram