“Cukuplah, Saya Berputus Asa, Ole Harus Dipecat” – Presiden Kelab Penyokong Manchester United Malaysia
EPL
Raf Yaakob
Advertisements

Presiden kelab penyokong rasmi Manchester United di Malaysia, Raf Yaakob menyerah kalah dan sudah letih dengan pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer.

Kekalahan terhadap seteru utama, Manchester City di Old Trafford menjadi kemuncak amarah sebahagian penyokong United termasuklah Presiden MyManUtd Malaysia.

“Ramai bertanya kepada saya berkenaan Ole. Saya maklumkan pada mereka saya akan berikan keputusan peribadi selepas 5 perlawanan.”

Advertisements

“Dua kemenangan, dua kalah dan satu seri.”

“Menentang dua musuh utama, kita kalah. Tidak menjaringkan sebarang gol dan bolos 7 dan ianya berlaku di halaman sendiri.”

“Cukuplah, saya berputus asa. Sebagai presiden kelab penyokong rasmi di Malaysia, saya akan bercakap #OleOut buat kali pertama secara rasminya.”

Advertisements

“Ole perlu pergi. Penghormatan buat apa saja yang beliau lakukan namun dia tidak cukup bagus untuk Manchester United.”

Raf Yaakob turut kecewa dengan keputusan Ole melantik Harry Maguire sebagai kapten pasukan dan berpendapat Maguire tidak sesuai sebagai kapten.

“Beberapa pemain lain perlu tinggalkan kelab juga. Sebahagian dari mereka tidak cukup bagus untuk United dan sebahagiannya patut diberikan peluang.”

Advertisements

“Mereka (pemain yang jarang diturunkan) perlu diberikan lebih banyak peluang untuk buktikan kemampuan diri mereka sendiri.”

“Ole perlu pergi (tinggalkan kelab) dan kita perlukan kapten baharu. Noktah.”

Manchester United sebelum ini beraksi agak teruk dengan keputusan tidak menentu dan kemuncak kemarahan penyokong mula memutik selepas kekalahan memalukan kepada Leicester City, Liverpool dan Manchester City.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram