Ads
Blog
Karl Nunis

“Rasanya dah lama sangat tak tengok peminat Selangor bersatu macam ni!!” Ini antara ungkapan yang tercipta dari ciapan wartawan Astro Arena, Karl Nunis yang hadir ke Stadium Petaling Jaya menyaksikan separuh akhir pertama melibatkan Selangor dan Terengganu.

Advertisements

Perlawanan berkesudahan dengan Selangor menang selesa 3-1 di halaman sendiri sebelum bertandang ke Gong Badak pada Isnin, 21 November ini.

Advertisements

Berdasarkan video yang dimuat naik, jelas terpancar yang penyokong Selangor menzahirkan kegembiraan setelah DNA Jerman digantikan dengan DNA tempatan milik Tan Cheng Hoe.

Advertisements

Advertisements

Selepas 9 perlawanan dilalui Tan Cheng Hoe, beliau berjaya mengekalkan rekod bersih tanpa tewas dengan 7 kemenangan dan 2 seri.

Lebih manis, barisan serangannya berjaya memperoleh 18 gol dan hanya bolos 4 kali sekaligus memberikan petanda jelas bahawa Selangor benar-benar sedang bangkit dari episod suram sebelum ini.

Advertisements

Walaubagaimanapun ujian sebenar Tan Cheng Hoe bakal hadir di Stadium Sultan Mizan kelak yang dijangka bakal dipenuhi puluhan ribu penyokong Terengganu yang sudah pasti mahu melihat pasukannya bangkit dan mara ke perlawanan akhir TM Piala Malaysia 2022.

Jika Selangor berjaya mara ke perlawanan akhir, lawan lebih sukar bakal menanti dengan Johor Darul Ta’zim (JDT) atau Sabah bakal menjadi lawan Tan Cheng Hoe.

Walau apa pun keputusan perlawanan selepas ini, perpaduan yang berjaya dijelmakan pada malam semalam dalam kalangan penyokong Selangor adalah petanda positif buat The Red Giant agar kekal berdaya saing dalam arena bola sepak Malaysia.

Advertisements

Jangan tidur lagi.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram