Alistair Edwards: Dakwaan Intensiti Latihan Sepenuhnya Sebagai Tanggungjawab JDT Adalah Tidak Tepat
Dunia
Advertisements

Pengarah Teknikal Kelab Johor Darul Ta’zim, Alistair Edwards menyangkal dakwaan bekas pemain antarabangsa, Datuk Jamal Nasir dan pemerhati bola sepak, Zakaria Rahim bahawa JDT perlu bertanggungjawab atas aksi tidak menentu Safawi Rasid menerusi satu hantaran di laman Facebook rasmi JDT.

“Beliau (Safawi) telah menunjukkan kemajuan yang baik susulan kecederaan yang dialami sebelum meninggalkan kelab untuk tugas antarabangsa.”

“Safawi mengalami kecederaan pada 13 Mac dan hanya kembali ke kesebelasan utama pada 16 April tetapi masih dalam proses pemulihan hingga ke tahap sepenuhnya”

Advertisements

“Safawi telah menjaringkan dua gol, melakukan lima permulaan, tiga kali beraksi dari bangku simpanan dan bermain 364 minit sebelum ‘international break’.”

Selain itu, Alistair Edwards juga menjelaskan bahawa kem latihan pasukan kebangsaan adalah panjang dan mencukupi dimana ia bermula pada 16 Mei dan tamat pada 16 Jun.

Alistair Edwards juga menyatakan Johor Darul Ta’zim akan mengembalikan prestasi terbaik Safawi dengan latihan intensiti tinggi disamping mengembalikan tahap keyakinan Safawi Rasid.

Advertisements

“Kelab ini akan membimbing Safawi kembali pulih sepenuhnya, sedia untuk bola sepak intensiti tinggi dan membina semula tahap keyakinan beliau dalam beberapa minggu akan datang.”

Safawi Rasid sebelum ini menerima cemuhan sebahagian penyokong yang berang dengan prestasi tidak menentunya semasa Kelayakan Piala Dunia di Emeriah Arab Bersatu (UAE) selepas tewas kepada UAE dan Vietnam.

Datuk Jamal Nasir dan pemerhati bola sepak, Zakaria Rahim sebelum ini mengeluarkan kenyataan bahawa latihan intensi tinggi merupakan tanggungjawab kelab dan bukannya tanggungjawab skuad kebangsaan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram