Dakwaan Perak FC Kekal Di Liga Super Adalah Palsu
Dunia
Perak football club
Advertisements

Baru-baru ini tular satu kenyataan daripada segelintir pihak berhubung isu pasukan Perak FC. Ketua pegawai eksekutif (CEO) MFL, Stuart Ramalingam dikatakan memberi bayangan Perak FC dijangka kekal di Liga Super musim hadapan.

Namun, kenyataan itu disahkan palsu di laman Twitter pengurus media MFL, Ahmad Yazid Moh Yadi, beliau menafikan dakwaan tersebut dimana CEO MFL, Stuart Ramalingam tidak pernah memberi apa-apa kenyataan kepada agensi yang berkenaan.

Hal ini mungkin tercetus disebabkan pasukan Sarawak United bakal berdepan dengan penggantungan lesen bagi saingan Liga Malaysia musim hadapan kerana terpalit dengan isu tunggakan gaji membabitkan beberapa pemain utama.

Advertisements

Sebelum ini, pasukan Perak FC sah turun ke Divisyen ke-2 Liga Malaysia atau lebih dikenali Liga Premier. Perak FC terpaksa akur dengan keputusan tersebut selepas hanya mencatatkan 3 kemenangan dalam 14 perlawanan.

Jika mengikut peraturan yang telah ditetapkan, slot yang ditinggalkan oleh Perak sepatutnya diisi oleh pasukan daripada Liga Premier 2021 mengikut keputusan akhir kedudukan dalam liga tersebut.

Antara pasukan yang boleh mendapatkan slot ke Liga Super adalah Kuching City, Kelantan United dan lain-lain.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram