Dalam Diam, TMJ Sudah Bantu Banyak Pasukan Yang Hadapi Masalah Kewangan
Dunia
Hrhcrownprinceofjohor
Advertisements

Industri bola sepak Malaysia seringkali tidak dapat lari dari pelbagai masalah berkenaan tunggakan gaji. Ada yang tertunggak dua bulan, ada juga yang kenderaan ditarik kerana tidak membayar pinjaman bank dan banyak lagi masalah berkaitan gaji timbul saban tahun.

Walaupun bola sepak negara sudah diswastakan, namun masih juga timbul masalah kegagalan majikan untuk melunaskan gaji tertunggak. Dan baru-baru ini, pasukan Perak FC dikhabarkan mempunyai tunggakan gaji yang hampir dinilai hampir RM 2 juta.

Sebentar tadi, pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Idris (TMJ) telah diminta memberi sedikit pandangan mengenai pasukan Perak FC yang mengalami masalah tunggakan gaji. Ini adalah jawapan dari TMJ.

Advertisements

“Baru-baru ni, saya ada bantu Perak. Tiga hari lepas, pihak pengurusan Perak FC ada berjumpa dengan saya dan saya ada berikan sedikit sumbangan dan bantuan untuk membantu mereka. (Jumlah) saya tak boleh beritahu berapa tapi saya ada berikan ‘sikit’ bantuan untuk ringankan beban Perak FC.

“Saya harap masalah (tunggakan gaji) ini berjaya mereka selesaikan secepat mungkin.” jelas TMJ ketika ditanya wartawan.

Dalam masa yang sama TMJ ada memberitahu bahawa sejak berada di industri bola sepak Malaysia, banyak pasukan yang sudah dibantu untuk meringankan beban pasukan berkaitan isu tunggakan gaji namun ianya tidak dihebahkan kepada pihak media.

Advertisements

Antara pasukan yang pernah dibantu TMJ ialah Kelantan, Perak, Melaka United, Penang dan Selangor. Sikap pemurah yang dimiliki TMJ pastinya sedikit sebanyak dapat meringankan beban pasukan-pasukan yang terpalit dengan masalah kewangan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram