Dan Burn Sasaran Terbaru Newcastle United
EPL
Dan Burn/Brighton and Hove Albion/Reuters
Advertisements

Semua sedia maklum, benteng pertahanan Newcastle United amat rapuh. Walaupun berjaya mencatat kemenangan dalam EPL ke atas Burnley dan Leeds United, ia masih lagi tidak memuaskan pengurus Eddie Howe. Ini selepas kelab melepaskan gol saat akhir seperti disaksikan dalam perlawanan menentang Watford beberapa minggu lepas.

Justeru, keutamaan Howe ialah memperkukuh pilihan bek tengahnya. Malangnya, pemain-pemain yang disasarkan seperti Sven Botman, Diego Carlos dan Beniot Badiashile tidak dapat dibawa masuk ke St James Park atas pelbagai sebab. Badiashile tidak dapat dibawa masuk atas faktor yuran perpindahan mahal yang dikenakan Monaco dan faktor kecederaan.

Manakala Botman dan Carlos merupakan tonggak utama Lille dan Sevilla – pastinya kedua-dua kelab mahu mengenakan yuran perpindahan yang mahal untuk mereka berdua. Dengan Sevilla juga memburu kejuaraan La Liga musim ini, pengurus Julen Lopetegui dan pengarah sukan Monchi pasti keberatan melepaskan khidmat bek tengah Brazil itu.

Advertisements

Lantas, ini menjelaskan mengapa Howe kini mensasarkan khidmat bek tengah Brighton and Hove Albion, Dan Burn. Burn dilihat memenuhi ciri bek tengah sebelah kiri yang mampu bergandingan dengan kapten Jamaal Lascelles.

Menariknya, anak jati Blythe itu juga merupakan peminat Magpies sejak dari kecil lagi. Menurut satu sumber, kelab telah membuat bidaan berjumlah £7 juta (RM39.63 juta) kepada Seagulls untuk mendapatkan khidmatnya.

Brighton sudah pasti akan berfikir panjang selepas mendapat tawaran ini. Ini kerana Burn kini memasuki tempoh 18 bulan terakhir kontraknya bersama Seagulls. Walaupun bergelar tonggak utama pasukan bimbingan Graham Potter itu, insentif kewangan yang ditawarkan Magpies sudah pasti tidak akan dilepaskan begitu saja.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram