Dana 10 Juta: Noraseela Khalid Persoal Tindakan Kerajaan
Dunia
Astro Arena
Advertisements

Presiden Persatuan Olimpian Malaysia, Noraseela Khalid mempersoalkan tindakan kerajaan memberikan dana RM10 juta kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Bekas pelari 400 meter negara ini percaya kerajaan Malaysia sepatutnya lebih cakna dengan persediaan kontinjen Malaysia menghadapi beberapa kejohanan besar selepas ini seperti Sukan Sea, Komanwel dan Sukan Asia.

“Saya berpendapat, kenapa (dana RM10 juta) diberikan kepada bola sepak? Kenapa tidak sukan lain?

Advertisements

“Jika kita lihat dengan teliti, ada banyak kejohanan antarabangsa tahun ini seperti Sukan SEA, Sukan Komanwel dan Sukan Asia.

“.. kenapa tidak diberikan keutamaan kepada persiapan atlet lain ke temasya tersebut?

“.. keutamaan kita ni di mana sebenarnya?” Jelas Noraseela Khalid kepada Nadi Arena (Stadium Astro).

Advertisements

Kerajaan sebelum ini mengumumkan dana bantuan RM10 juta kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) semasa majlis pecah tanah pejabat baru FAM di Putrajaya.

Tindakan kerajaan memberikan dana tersebut kepada sukan bola sepak menerima maklum balas berbeza dari penyokong bola sepak Malaysia.

Foto Astro Arena

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram