Daniel James ‘Tiru’ Haris Safwan, Naik Helikopter Untuk Ke Stadium Sebelum Perlawanan
Dunia
Terengganu FC, The Sun
Advertisements

Bintang baharu Leeds United, Daniel James menikmati hari Selasa yang sibuk semalam apabila beliau harus menemankan isterinya bersalin dan dalam masa yang sama mempunyai perlawanan bola sepak menentang Fulham.

Apa yang menariknya ialah beliau diterbangkan menggunakan helikopter untuk ke stadium sebelum perlawanan bermula sama seperti kejadian Haris Safwan pada tahun 2003 yang lalu. Apa yang berbeza adalah Daniel James perlu menemani isterinya bersalin anak pertama manakala Haris Safwan pula perlu menduduki peperiksaan akhir peringkat Universiti.

Menurut Wales Online, Daniel James terpaksa menggunakan pengangkutan udara tersebut bagi memastikan beliau tiba sebelum perlawanan bermula.

Advertisements

“Menaiki kereta akan memakan masa yang lama jadi akhirnya saya harus menaiki helikopter, ini satu kisah yang menarik dan saya pasti akan mengingatinya.” Kata Daniel James.

Pemain kelahiran Wales yang sudah lama diinginkan Marcelo Bielsa ini ternyata amat diperlukan bagi memenuhi kehendak taktikal pengurus kelahiran Argentina tersebut. James diturunkan dalam kesebelasan utama Leeds United sewaktu menentang Fulham yang menyaksikan Leeds menang menerusi penentuan sepakan penalti.

Lebih manis lagi, Daniel James turut berjaya menjaringkan gol menerusi sepakan penalti untuk membantu Leeds United mara ke peringkat seterusnya dalam Carabao Cup.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram