Daniel Ting: Persaingan Dalam Harimau Malaya Pada Tahap Tinggi
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Bek kiri Sabah FC, Daniel Ting mengakui tahap persaingan dalam skuad Harimau Malaya ketika ini berada pada tahap yang berbeza.

Ini kerana 26 pemain yang dipilih Kim Pan-gon untuk mewakili Malaysia ke Piala Asia 2023 merupakan pemain terbaik.

Ini mendorong mereka memberi komitmen tinggi semasa berlatih. Bagi Daniel, mana-mana pemain yang terpilih dalam kesebelasan utama menentang Jordan bukan saja satu penghormatan besar mewakili negara dalam kejohanan berprestij itu.

Advertisements

Malah, persaingan sengit sebegini menunjukkan kualiti yang dimiliki skuad negara bila membawa cabaran di Qatar.

“Secara peribadi, ini satu (pencapaian) yang besar kepada saya. Saya sudah berada di Malaysia sejak sekian lama, jadi saya gembira berada di sini mewakili skuad kebangsaan.

“Sudah tentu, (semua) pemain terbaik negara berada di sini, jadi tahap persaingannya amat tinggi dalam latihan. Semua orang mahu membuktikan sesuatu.

Advertisements

“Ya, semua pemain terbaik dari seluruh negara. Jadi sekali lagi, tahap persaingannya amat tinggi. Dan ia bagus untuk skuad negara,” katanya kepada media hari ini.

Daniel dijangka berpeluang membarisi kesebelasan utama negara di slot bek kiri. Ini selepas Corbin Ong dilaporkan masih belum cergas menjelang aksi pertama Kumpulan E menentang Jordan.

Malaysia bakal membuka kempen Kumpulan E menentang The Chivalrous Ones pada awal pagi 16 Januari 2024.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram