Advertising
Darren Lok Berisiko Digugurkan Dari Skuad Harimau Malaya
MakanBola
Aima/MakanBola

Penyerang berbisa Sabah FC, Darren Lok berisiko digugurkan dari skuad Harimau Malaya.

Darren Lok antara senarai yang dipanggil oleh Kim Pan-gon bagi membantu Malaysia hadapi perlawanan kelayakan Piala Dunia pada awal bulan 6 ini.

Ad

Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan-gon mengesahkan bahwa penyerang berusia 33 tahun itu mengalami kecederaan hamstring

Ad

Ketika ini, Darren Lok sedang menjalani ujian perubatan untuk mengenal pasti sama ada kecederaan yang dialami di tahap teruk ataupun tidak. 

“Hari ini kami masih mengenal pasti kecederaan yang dialami Darren Lok, beliau mengalami hamstring sekali lagi.

Ad

“Faisal Halim, Arif Aiman, Syafiq Ahmad hamstring, Morales (Ankle) dan kesemua barisan penyerang mengalami masalah kecederaan.

Ad

Dalam perlawanan ketika Sabah menentang Kuching City tempoh hari, Darren Lok terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan. Beliau dikatakan mengerang kesakitan ketika itu.

Ad

Walaubagaimanapun, jurulatih kelahiran Korea Selatan itu menyatakan bahwa lambakan kecederaan pemain utama tidak menjadi masalah kerana terdapat beberapa pemain lain layak menggantikan tempat mereka. 

“Ini antara pemain yang kita ada, tetapi terdapat tambahan pemain yang bagus. Kita cuba untuk mencari pemain yang berkualiti sesuai dengan pasukan,” kata Pan-gon dalam sidang media semalam.

Skuad Harimau Malaya akan hadapi perlawanan ke-5 peringkat kumpulan bagi kelayakan Piala Dunia pada 6 Jun ini menentang Kyrgyzstan.