Darren Lok Meledak Lagi

Darren Lok 2 Darren Lok Meledak Lagi
PJ City

Penyerang berbisa PJ CIty FC, Darren Lok membuktikan ketajamannya di depan gawang apabila sekali lagi mencatatkan nama selaku penjaring. Aksi pusingan kedua saingan Piala FA menyaksikan PJ City tewas kepada Melaka United dengan keputusan 1-2.

Pemain yang terkenal dengan ledakan berbisa ini telah diturunkan dalam kesebelasan utama pasukan apabila digandingkan bersama Ruventhiran serta Kumaahran di bahagian serangan. Darren membalas kepercayaan pengendali PJ City, P. Maniam mencipta satu jaringan buat pasukan.

Expand player

Bagaimanapun gol tunggal Darren pada minit ke-50 permainan tidak cukup untuk memberikan kemenangan buat PJ City di Stadium Hang Jebat. Hantaran cantik daripada Mahali Jasuli telah disempurnakan Darren dengan satu tandukan tepat dan menggegar jaring Melaka United.

Darren Lok telah beraksi dengan cukup baik sepanjang perlawanan. Banyak percubaan cantik serta gerakan lincah berjaya beliau hasilkan namun tidak direzekikan untuk menatijahkan kepada jaringan. Walaupun pasukan PJ City tewas keatas Melaka United, namun kesungguhan yang diperagakan Darren ketika di atas padang wajar sekali diberikan pujian.

Konsistensi pemain ini dalam meledak semakin hangat diperkatakan tatkala pemain yang berusia 31 tahun ini telah berjaya menjaringkan 5 gol dalam saingan liga. Hasrat untuk melihat kelibat Darren bersama skuad Harimau Malaya pula sering diperbualkan peminat bola sepak tempatan.

Statistik jaringan dan workrate yang dimiliki Darren membuktikan beliau amat layak untuk berada dalam kem Harimau Malaya. Darren semestinya bakal menjadi sandaran utama di bahagian hadapan buat Kim Pan-gon di kempen Kelayakan Piala Asia Jun kelak.