Darren Lok Mahu Meledak Sebelum Tampil Bersama Harimau Malaya
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Penyerang berbisa PJ City FC, Darren Lok berazam untuk meledak ketika melayan kunjungan juara Piala FA, Johor Darul Ta’zim di Kelana Jaya esok.

Pemain kelahiran Malaysia-England itu merupakan tonggak penting pada bahagian serangan The Phoenix musim ini selepas bergelar selalu penjaring terbanyak kelab setakat ini.

Tatkala melayan kunjungan pasukan Harau Selatan di laman sendiri, penyerang berusia 31 tahun itu turun dengan misi untuk meraih kemenangan.

Advertisements

Darren sedar bahawa mereka aka bertemu dengan pasukan yang sangat berkualiti dan berada pada momentum terbaik setakat ini.

“Semua orang sedar akan kualiti yang dimiliki oleh JDT kerana mereka baharu sahaja lalui perlawanan pada minggu lalu di Piala FA.”

“Kami tahu memang sukar tetapi kami akan berikan 100 peratus.”

Advertisements

Beliau yang turun berdepan bekas majikannya sedar bahawa barisan serangan pasukannya akan berdepan tugas sukar untuk melepasi kawalan pemain lawan yang berkualiti dan amat berdisiplin dengan bola.

“Kami sedar pasukan tidak akan mendapat banyak peluang semasa berdepan JDT kerana mereka punyai tahap disiplin yang tinggi pada situasi bertahan,” jelasnya oleh MFL.

PJ City yang ketika ini berada pada kedudukan ke-10 sudah tentu mahu memperbaiki kedudukan pasukan dalam usaha untuk meraih posisi yang lebih baik dalam Liga Super musim ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram