Darren Lok Tak Sabar Tunjuk Kemampuan Depan Kim Pan-gon
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Penyerang berbisa Petaling Jaya City, Darren Lok kini sudah dua musim bersama kem latihan skuad kebangsaan dibawah kendalian jurulatih baharu Harimau Malaya, Kim Pan Gon sebelum diketepikan ekoran positif Covid-19.

Pemain yang pernah disisihkan pasukan pada musim lalu ekoran kecederaan dialaminya terus membuktikan bisa selaku penggempur apabila menghadiahkan hatrik buat pasukanya PJ City ketika menentang Terengganu April lalu.

Setakat ini, Darren sudah berjaya meledak tujuh gol dalam sembilan penampilan. Di mana lima gol berjaya dijaringkan dalam saingan Liga Super manakala lagi dua jaringan berjaya dicetak dalam saingan Piala FA

Advertisements

Menerusi temubual Shootappmy, Darren menjelaskan bahawa beliau sangat teruja kembali berada di skuad Harimau Malaya, malah turut gembira kerana dapat bekerjasama dengan jurulatih yang baru dan ianya sangat baik setakat ini.

“Sememangnya teruja untuk berada disini, kali pertama bersama jurulatih baru dan ianya baik setakat ini,” katanya kepada Shootappmy.

Ketajaman penyudah penyerang kebangsaan ini sudah pasti mendapat perhatian oleh Kim pan-gon dalam usaha untuk mencari penggempur utama negara menjelang Kelayakan Piala Asia, Jun ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram