Dunia
officialsripahang
Advertisements

Ketua jurulatih Sri Pahang, Dato’ Dollah Salleh mengakui kedatangan penyerang legenda Fandi Ahmad itu banyak membantu mengembalikan kekuatan serta kebangkitan Sri Pahang.

Advertisements

Beliau menjelaskan permainan kelmarin banyak perkara yang dipelajari dan apa yang direncanakan bersama semua jurulatih diberi kepada Fandi untuk merancang persediaan yang lebih rapi untuk pasukan Sri Pahang FC mengharungi saingan.

Fandi yang pernah mengendali beberapa pasukan antaranya JDT, skuad kebangsaan Singapura, pasukan pembangunan Singapura Young Lions dan skuad B-23 Tahun Singapura ke Sukan Sea ke-31 di Hanoi, Vietnam Mei lepas, sekali gus membawa Sri Pahang memenangi tiga perlawanan terakhir Liga Super mereka.

Advertisements

“Bukan saya seorang, sebenarnya Fandi banyak membantu, dia buat perancangan semua bersama Dato’ Haji Ahmad Yusof dan Ahmad Shaharuddin Rosdi,” jelasnya.

“Contohnya malam ini (semalam) kita belajar corak permainan PJ City dan kita rancang macam mana nak buat, jadi kita bagi ‘input’ dekat Fandi untuk buat perancangan kita.”

Advertisements

“Bukan saya seorang, kita bersama semua jurulatih memberikan idea, kalau saya seorang memang tak jadi, idea kita berempat sebenarnya menjadikan pasukan lebih kuat,” katanya kepada MFL.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram