Datuk Justin Lim Jadikan ‘Aura’ Tunku Ismail Pacu Melaka United
Dunia
Cakap Sukan
Advertisements

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Melaka United FC, Datuk Seri Justin Lim tempoh hari telah tampil mendedahkan tentang peribadi Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang dilihat sebagai penyumbang terbesar dalam industri bola sepak Malaysia.

Dalam satu video di Youtube Cakap Sukan, Datuk Seri Justin Lim berkata Tunku Ismail selalu berpesan kepada dirinya untuk sentiasa menitik beratkan soal bilik persalinan pasukan.

“Tunku Ismail selalu berpesan kepada saya bahawa bilik persalinan adalah segalanya. Pada asasnya, kita perlu kawal daripada bilik persalinan. Yang mana saya percaya, ia perkara yang betul. Di situlah kami (Melaka United) dan saya ambil perkara itu sebagai satu nasihat.”

Advertisements

CEO Melaka United itu turut memuji peribadi mulia Tunku Ismail. Walaupun Tunku dilihat sebagai seorang yang lantang dalam menyuarakan pendapat, namun setiap pendapatnya itu adalah kebenaran.

“Kita semua tahu, dalam industri bola sepak, Tunku melakukan tugasnya dengan sangat mantap. Beliau seorang yang sangat baik hati. Saya tahu beliau ialah seorang yang lantang bersuara, tetapi beliau selalu berkata benar.”

Datuk Justin Lim mengakui bahawa jasa Tunku kepada arena bola sepak Malaysia terlalu banyak. Tunku juga merupakan antara sebab mengapa Melaka United mampu bertahan hingga kini.

Advertisements

“Saya hormat dengan prinsip beliau. Beliau selalu berjuang dan bersuara tentang kebenaran dalam industri bola sepak. Dalam perjalanan ini, TMJ adalah idola saya. Untuk berjumpa dengan beliau merupakan satu motivasi.”

“Pengalaman beliau sangat bagus dan luas. Ini adalah antara sebab mengapa Melaka United terus konsisten perjalanan bola sepak ini.”

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram