Daud Bakar Cabar Pemain Kedah
Liga Super
MakanBola
Kedah Darul Aman FC
Advertisements

Kekalahan 0-6 Kedah Darul Aman FC (KDA FC) kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) sememangnya tidak dijangka oleh ramai pihak. Manakan tidak, KDA FC juga mempunyai barisan pemain dan jurulatih yang sangat berkualiti.

Antara yang terkejut dengan keputusan itu adalah pemilik KDA FC, Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar. Pelbagai usaha telah dilakukan bagi mempersiapkan pasukan Kedah termasuk membawa masuk beberapa pemain bintang dan berlatih di luar negara.

Advertisements

“Sebagai pemain profesional yang diberikan banyak peluang latihan di dalam dan luar negara, perkara ini tidak sepatutnya berlaku. Pemain yang baik adalah pemain yang keras mentalnya khususnya dalam suasana tekanan.

“Semasa tekananlah baru perwatakan dan profiling sebenar seorang pemain akan terbina dan terserlah. Kalau hilang bola, akan dikejar dan dihalang dengan sepenuh jiwa dan bukan sekadar berlari untuk melakukan sesuatu tanpa jiwa dan fizikal yang kuat. Inilah ertinya berjuang sejiwa murni,” luah Daud di laman Facebook rasmi beliau.

Advertisements

Dalam status Facebook beliau yang terbaru, beliau menegaskan masih menaruh kepercayaan kepada Nafuzi untuk melakukan sesuatu kepada pasukan. Dalam masa yang sama, Daud juga melaungkan cabaran buat pemain Kedah.

“Sang Kenari, bangunlah! Jadilah lebih berani. Lebih ada perwatakan diri. Kita hanya boleh menang dengan perwatakan diri sendiri dan bukan perwatakan tumpang atau perwatakan kosong serta rapuh.

Advertisements

“Saya ingin percaya Sang Kenari boleh bangun semula. Saya juga ingin percaya Coach Nafuzi boleh melakukan apa yang sukar.” luahnya lagi.

News Comments Account