Advertisement
Daud Bakar: Ini Pengalaman Baru, Ini Bukan Alor Setar
Dunia
MakanBola
Kedah Darul Aman FC

Ketika ini, Kedah sedang menjalani program pra-musim di Antalya, Turkiye. Dan bagi pemilik pasukan, Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar, pengalaman berada di sana dilihat mampu mematangkan para pemain menjelang saingan Liga Super pada hujung bulan ini.

“KDA FC turun lagi bermain semalam dalam siri jelajah pra musim di Turkiye. Ini kali kedua Sang Kenari cuba terbang di iklim sejuk. Cuaca masih sejuk.

“Cuaca tidak berubah. Mungkin lebih sejuk sikit kerana permainan hanya bermula jam 5.30 petang sebelum Maghrib dan berakhir selepas waktu senja. Pasti cuaca lebih sejuk.

“Yang berbeza kali ini adalah barisan pemain. Coach Nafuzi (Zain) memberi peluang kepada semua pemain baru beraksi.

“Ini pentas untuk semua. Ini gelanggang mempertajamkan minda dan taji masing-masing. Setiap Kenari yang terbang ke Turkiye boleh mengepak masing-masing. Inilah misi utama siri jelajah pra musim ini,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Daud juga turut memuji kesungguhan skuad Kenari yang beraksi dalam perlawanan menentang Shakhter Karagandy semalam. Baginya, ia bukan sesuatu yang mudah dengan beraksi dalam tempoh 90 minit dengan dua pemain import.

“Yang berbeza juga melihat setiap pemain yang hanya dibarisi dua pemain import berjuang gigih selama 90 minit tanpa sebarang pertukaran. Ini memang memberi tekanan kepada setiap pemain. Amazing (hebat).