David de Gea Rekod 500 Penampilan Bersama Man Utd
EPL
Action Images/Reuters
Advertisements

David de Gea bakal mencipta sejarah sekiranya terpilih dalam kesebelasan utama Manchester United malam ini. Ini kerana perlawanan menentang Newcastle bakal menjadi penampilan ke-500 beliau bersama Red Devils.

Dengan penampilan ke-500, de Gea bakal menjadi pemain United ke-11 dalam sejarah yang mencapai rekod sedemikian. Jika beliau beraksi kerap musim ini, de Gea boleh memintas rekod 539 penampilan yang dicatat penjaga gol legenda Alex Stepney.

Tiba di Old Trafford pada 2011 sebagai pengganti jangka panjang Edwin van der Sar, pada awalnya penjaga gol Sepanyol itu bergelut. Ini termasuk membuat kesilapan dalam perlawanan menentang Man City dan West Brom.

Advertisements

Bagaimanapun, de Gea bangkit dan sejak itu, menunjukkan prestasi cemerlang sebagai penjaga gol nombor satu United. Antara piala yang dijulang beliau dalam tempoh 11 tahun ialah EPL (2012/2013), Piala FA (2015/2016) dan Liga Europa (2016/2017).

Selain itu, de Gea turut meraih anugerah Pemain Terbaik Tahunan Man Utd sebanyak empat kali. Bagaimanapun, beliau turut berdepan masalah kemerosotan prestasi sejak beberapa musim lepas.

Walaupun berjaya mengekalkan kedudukan dalam pasukan bimbingan Erik ten Hag, kedudukan de Gea dijangka akan disemak semula. Ini susulan kontraknya bersama United akan tamat akhir musim ini.

Advertisements

Begitupun, de Gea berharap dapat kekal di Old Trafford. Beliau berkata, “Saya mahu cuba bantu pemain-pemain muda dengan pengalaman saya dan cuba memenangi trofi. Saya rasa amat yakin.”

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram