fbpx

David De Gea Terlalu Marah, Kecewa & ‘Sakit’ Dengan Keputusan Perlawanan

Salman
Share on:
Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Kekalahan Manchester United kepada musuh utama, Manchester City 0-2 di Old Trafford menjadi titik tolak dan kemuncak kemarahan penjaga gawang dari Sepanyol, David De Gea.

Aksi longlai barisan pertahanan Manchester United dalam beberapa siri perlawanan kebelakangan ini jelas memberikan penjaga gawang dengan gaji termahal dunia tersebut amarah yang tidak dapat dibendung.

Sejurus perlawanan tamat, David De Gea hanya memandang ke bawah dan tidak menghiraukan sokongan penyokong yang tahu kerja keras yang beliau lakukan sepanjang perlawanan bertemu Manchester City.

Ketika menghampiri terowong, beliau menarik nafas dan menumbuk kain terowong di bahagian atas dan terus masuk ke bilik persalinan.

Selang beberapa jam kemudian, beliau memuat naik di Twitternya; “Saya kecewa” dan ia menjadi ringkasan kekecewaan penjaga gawang nombor 1 United tersebut.

Sementara itu rakan sepasukan De Gea simpati dengan apa yang De Gea rasakan kini dan memberikan kata-kata semangat.

Dalam perlawanan sebelum ini, Manchester United tewas kepada dua musuh utama, Liverpool dan Manchester City sekaligus memberikan tekanan tinggi kepada Ole Gunnar Solskjær mengembalikan zaman kegemilangan Manchester United.

Untuk musim Liga Perdana Inggeris 2021/2022, David De Gea membuat 11 penampilan dan berjaya menyelamatkan 33 percubaan sekaligus membuktikan kelemahan barisan pertahanan Manchester United yang mudah dibolosi.

Bacaan Seterusnya..