Dunia
Getty Images
Advertisements

Penjaga gol Manchester United, David De Gea telah menarik perhatian peminat bola sepak apabila memuat naik gambar Kurama bersama Naruto dalam IG Story miliknya. De Gea yang merupakan peminat anime Naruto rupa-rupanya turut bersedih atas pemergian Kurama.

Dalam episod terbaru Boruto iaitu episod ke 218, Naruto telah mengaktifkan Baryon Mode untuk menentang Isshiki namun penggunaan kuasa tersebut menyebabkan nyawa Kurama menjadi gantinya. Ini kerana Kurama memberikan seluruh tenaganya untuk memaksimakan kuasa Baryon Mode Naruto.

ig story De Gea Turut Bersedih Atas Pemergian Kurama
IG Story David De Gea

Dalam IG story milik De Gea, beliau telah memuat naik sebuah gambar Kurama bersama Naruto yang memberi makna seolah-olah beliau turut bersedih atas apa yang terjadi dalam episod tersebut. Bukan sahaja De Gea, malah seluruh peminat Naruto di dunia ini turut berduka cita tentang perkara tersebut. Bahkan kematian Kurama menjadi sebutan ramai pada minggu ini walaupun ianya hanyalah watak fiksyen.

Advertisements

Pemain kelahiran Sepanyol ini rupa-rupanya turut meminati Anime dan merupakan peminat tegar Naruto. Bahkan sebelum ini beliau pernah memuat naik gambar Naruto dan juga Goku di laman sosial miliknya.

Malah beliau pernah dilihat memakai baju bergambar Sasuke. Minat De Gea terhadap Naruto tidak terhento di situ sahaja apabila beliau juga mempunyai koleksi figura Naruto seperti Sasuke, Naruto, Itachi dan Kakashi. Anda boleh lihat video perkongsian beliau di sini.

Gambar dari Reddit

De Gea turut pernah membuatkan para peminat United terpinga-pinga apabila memuat naik gambar Naruto sedang memegang kawat duri sewaktu isu siapa penjaga gol nombor satu United sedang hangat dibincangkan ekoran prestasi hebat Dean Henderson suatu ketika dahulu.

Advertisements

Jika anda merupakan peminat tegar De Gea, anda pasti mengetahui minat beliau terhadap siri animasi dari negara Jepun ini terutamanya siri anime Naruto kerana beliau telah beberapa kali berkongsi gambar Naruto dilaman sosialnya.

Pemain berusia 30 tahun ini telah melakukan 9 penampilan bersama Manchester United pada musim ini dan telah dibolosi sebanyak 9 kali. De Gea bermain 7 perlawanan dan bolos 6 kali dalam Premier League manakala bermain 2 perlawanan dan dibolosi 3 kali dalam Liga Juara-Juara Eropah.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram