De Paula Kembali Jadi Taruhan Skuad Kebangsaan

DE Paula 3 De Paula Kembali Jadi Taruhan Skuad Kebangsaan
Thanh Nien
Ikuti Telegram MakanBola (3712)

Pemain Johor Darul Ta’zim, Guilherme De Paula kembali perkuat pasukan kebangsaan ketika turut tersenarai dalam kem latihan pusat Harimau Malaya.

Perkara itu dimaklumkan wartawan Astro Arena, Fadhirul Suhaimi dalam ciapannya di Twitter.

Menurut Fadhirul, De Paula kembali jadi taruhan kem Kim Pan-gon bagi dua aksi persahabatan antarabangsa serta kempen Pusingan Akhir Kelayakan Piala Asia 2023.

Antara nama baru yang turut tersenarai ialah penjaga gol pasukan Negeri Sembilan FC, Ahmad Syihan Hazmi yang mengisi slot ke kem latihan pusat Harimau Malaya. Darren Lok, Syafiq Ahmad dan De Paula dilihat bakal mengisi slot penyerang utama skuad kebangsaan.

Malaysia bakal menentang Brunei dan juga Hong Kong dalam aksi persahabatan sebelum beraksi pada Kelayakan Piala Asia dan dijadualkan bertemu Turkmenistan, Bangladesh dan juga Bahrain pada Jun kelak.