Debut Carrick ‘Menjadi’, Manchester United Tewaskan Villarreal Di El Madrigal
UEFA Champions League
Reuters
Advertisements

Debut Michael Carrick sebagai Ketua Jurulatih sementara Manchester United membuahkan hasil selepas pasukannya berjaya menewaskan Villarreal 0-2 di tempat lawan untuk saingan Liga Juara-Juara UEFA.

Perlawanan ke-5 peringkat kumpulan F ini mengesahkan kemaraan Manchester United ke pusingan seterusnya dengan 10 mata mendahului carta kumpulan F diekori rapat Villarreal dengan 7 mata.

Separuh masa pertama Villarreal jelas mendominasi perlawanan namun tiada jaringan dapat dihasilkan.

Advertisements

Bersambung babak ke-2, Manchester United memperkemaskan persefahaman pemain dan mula memberikan tekanan tinggi kepada bahagian tengah Villarreal dan akhirnya memperoleh jaringan pertama perlawanan menerusi gol Cristiano Ronaldo pada minit ke-78.

Ketika perlawanan menuju masa tamat, Jadon Sancho yang tidak dikawal lawan berjaya ‘mengesahkan’ kemenangan Manchester United menerusi sepakan derasnya dari sebelah kanan.

Michael Carrick hanya diberikan 48 jam mempersiapkan pasukan dan kemenangan ini adalah kemenangan pertama pasukan United selepas dua kekalahan memalukan dalam saingan Liga Perdana Inggeris kepada Manchester City dan Watford selain kekalahan besar 0-5 kepada Liverpool pada bulan Oktober.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram