Debut Romeo Beckham Bersama Fort Lauderdale FC
MakanBola
Instagram: @romeobeckham
Sponsors

Anak kepada lagenda Manchester United, Romeo Beckham telah membuat debut pertamanya dalam karier bola sepak professional untuk pasukan Fort Lauderdale CF kelmarin. 

Fort Lauderdale CF yang ditubuhkan pada tahun 2020 kini sedang bertanding di tier ketiga dalam saingan USL League One di Amerika. 

Ad

Romeo yang diturunkan di bahagian sayap berjaya membantu pasukannya dengan memperoleh keputusan seri 2-2 menentang Tormenta di DRV PNK Stadium. 

Ad

Anak lelaki kepada bekas kapten pasukan England itu telah menandatangani kontrak bersama kelab itu pada awal September lalu dan berjaya menunjukkan prestasi terbaik apabila mencipta banyak peluang untuk pasukan.

Romeo beraksi bersama Harvey Neville yang merupakan anak kepada Ketua Jurulatih Inter Miami, Phil Neville. Malah, Phil Neville dan David Beckham juga pernah beraksi bersama-sama sewaktu mereka di Manchester United suatu ketika dahulu.

Ad

Pasukan FC Lauderdale CF merupakan sebuah pasukan simpanan MLS milik David Beckham, iaitu Inter Miami CF yang kini berada di saingan liga utama di Amerika.  

Ad

Dalam pada itu, Romeo turut menyatakan kegembiraannya setelah membuat penampilan sulung kelmarin. Romeo menunjukkan keterujaannya menerusi satu hantaran di akaun peribadi Instagramnya,

“Perasaan gembira kerana berjaya melakukan debut pro saya malam ini untuk @fortlauderdalecf. Tumpuan penuh ke perlawanan seterusnya,” tulisnya di Instagram. 

View this post on Instagram

A post shared by ROMEO (@romeobeckham)