Debut Ronaldo Kwateh Jadi Tumpuan Di Liga 1 Indonesia
Asia
JK FOR KM
Advertisements

Pemain muda berbakat Madura United, Ronaldo Joybera Kwateh menjadi pemain termuda dalam sejarah Liga 1 Indonesia apabila membuat penampilan bersama Madura United ketika seri menentang PS Tira hari ini.

Beliau menjadi pemain termuda dalam liga itu sejak tahun 2017 ketika diberi kepercayaan untuk membarisi kesebelasan utama dalam aksi di Stadium Indomilik Arena, Tangerang.

Pemain yang membarisi skuad bawah 18 tahun Indonesia ini yang bermain di posisi sayap kanan menujukkan kematangan dan kesungguhan ketika melakukan debutnya, jelas Asean Football.

Advertisements

Bekas pelatih akademi Persib Bandung membuat debut secara rasmi pada usia 16 tahun 10 bulan 15 hari sekaligus mengatasi rekod yang dipegang oleh Mochamad Supriadi.

Pemain sayap Presebaya Surabaya itu merasakan debut pada usia 17 tahun, 3 bulan dan 1 hari dalam perlawanan menentang Persija Jakarta dalam saingan Liga 1 Indonesia pada tahun 2019.

Namun begitu, jurulatih Ronaldo di Madura United, Rahmat Dermawan menjelaskan keputusannya untuk meletakkan pemain itu beraksi di atas padang adalah satu keputusan yang tepat dan bukan satu perjudian.

Advertisements

Malah, Ronaldo menunjukkan kesungguhan dan disiplin yang tinggi ketika sesi latihan.

“Kami menurunkan Ronaldo Kwateh bersebab. Kami dalam proses untuk memberi persaingan antara pemain. Mana-mana pemain yang menunjukkan persembahan yang baik ketika sesi latihan wajar mendapat minit permainan,”-Jelas Rahmad Dermawan.

Beliau juga berharap agar keputusan untuk menurunkan Kwateh tidak menjadikan pemain itu berasa bangga malah perlu bekerja lebih keras kerana perjalanan kariernya yang masih panjang.

Advertisements

Jurulatih kelahiran Lampung itu menegaskan bahawa Ronaldo perlu lebih banyak belajar agar boleh tampil memperagakan aksi terbaiknya musim ini. Beliau turut menekankan kehadiran pemain senior di Madura perlu dimanfaatkan sebaiknya oleh pemain itu dalam usaha membina karakternya di atas padang.

“Dia belum genap usia 17 tahun namun saya gembira melihat debutnya. Semoga persembahannya terus meningkat, jangan cepat puas dan terus mengasah diri. Dia belum mencapai tahap maksimum namun menampilkan persembahan yang cukup baik,”-Jelas beliau

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram