Eropah
Photo: Wolves.co.uk
Advertisements

Istilah wonderkid dalam bola sepak adalah merujuk kepada pemain muda yang berpotensi menjadi bintang besar dalam arena bola sepak. Namun tidak semua wonderkid ini mampu menepati ramalan media dalam membesar sebagai pemain bintang.

Wonderkid sememangnya menjadi perhatian utama para peminat bola sepak terutamanya kepada mereka yang gemar bermain siri permainan Football Manager. Artikel kali ini akan menyenaraikan 6 wonderkid yang melakukan kejutan berpindah ke kelab yang tidak dijangka musim ini berbanding menyertai kelab-kelab besar eropah.

Kristofferr Ajer (Brentford FC)

Advertisements
New Project 6 6 Destinasi Kelab Pilihan Wonderkid Yang Mengejutkan Musim Ini
Kristoffer Ajer ketika bersama Celtic

Pemain kelahiran Norway ini telah menjadi bualan media semenjak tahun 2016 malah turut menarik perhatian kelab besar sebelum ini. Namun Ajer yang telah beraksi bersama Celtic sejak 2016 telah mengambil keputusan untuk menyertai pendatang baru Premier League musim ini, Brentford.

Baru berusia 23 tahun, Brentford hanya menghabiskan £13.5m untuk Ajer. Satu nilai yang berbaloi buat pemain pertahanan tengah yang mempunyai kelebihan fizikal ini.

Justin Kluivert (OGC Nice)

Advertisements
Justin Kluivert ketika dipinjamkan ke RB Leipzig

Justin Kluivert merupakan anak kepada legenda bola sepak Belanda, Patrick Kluivert. Bermain di bahagian sayap, Kluivert bagaimanapun tiada dalam perancangan Jose Mourinho di AS Roma musim ini.

Kluivert turut mencuri perhatian media apabila pernah menolak tawaran Manchester United untuk menyertai AS Roma pada Julai 2018. Kejayaan Nice mendapatkan pemain tersebut sebagai pinjaman pasti memberi kelebihan di bahagian sayap pasukan Nice.

Carles Alena (Getafe)

Advertisements
Carles Alena gagal mendapatkan tempat di Barcelona

Produk akademi La Masia ini telah berpindah ke Getafe dengan tag harga €5m sahaja. Pemain tengah yang diserap ke pasukan utama pada tahun 2018 ini turut dicanang sebagai the next Iniesta.

Berumur 23 tahun ketika ini, Alena mempunyai banyak masa untuk membuktikan Barcelona salah dalam keputusan melepaskannya kepada pasukan lain.

Jean-Clair Todibo (OGC Nice)

Advertisements
Todibo ketika di Barcelona

Todibo menyertai Barcelona daripada kelab Toulose pada tahun 2019 sebagai status wonderkid. Bermain sebagai pertahanan tengah, Todibo gagal menembus masuk kesebelasan utama Barcelona malah kerap dipinjamkan keluar.

Musim ini Todibo menyertai Nice secara tetap dengan harga €8.5m. Satu pembelian yang berbaloi bagi pemain berusia 21 tahun ini.

Francisco Trincão (Wolverhampton)

Kehadiran Depay dan Aguero merampas peluang Trincão di Barcelona

Trincão menyertai kelab Premier League, Wolves secara pinjaman musim ini. Pemain ini menyertai Barcelona pada tahun 2020 dengan harga €31m. Jumlah yang besar bagi pemain baru mencecah usia 21 tahun.

Wolves mempunyai pilihan untuk melakukan pembelian tetap terhadap Trincão berdasarkan kontrak pinjaman. Sesuatu yang menguntungkan buat Wolves kerana berpeluang mengikat pemain in secara tetap. Prospek muda ini pasti bakal mencuri tumpuan dalam saingan Premier League.

Leon Bailey (Aston Villa)

Bailey terkenal dengan kelajuan lariannya

Pemain kelahiran Jamaica ini telah menarik perhatian banyak pihak ekoran kepantasan larian yang dimiliki oleh beliau. Walaupun belum diumumkan secara rasmi, Bailey dilaporkan telah bersetuju untuk menyertai Aston Villa dan urusan perpindahan sedang dilengkapkan.

Leon Bailey merupakan prospek muda yang memainkan peranan penting di bahagian sayap sewaktu di Leverkusen. Usianya kini baru menginjak 23 tahun.

Penutup

Pemain-pemain berikut merupakan wonderkid yang mempunyai potensi yang hebat namun agak mengejutkan apabila mereka tidak menyertai kelab besar seperti Real Madrid, Bayern Munich ataupun Manchester City. Wolves, Nice, Aston Villa dan Brentford bertuah kerana berjaya membawa masuk prospek muda yang berbakat besar ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram