Destinasi Rajagobal Jadi Tanda Tanya
Dunia
MFL
Advertisements

Destinasi bekas jurulatih kebanggsaan, Datuk K. Rajagobal masih menjadi tanda tanya peminat bola sepak tempatan pasukan manakah yang bakal dikemudikan olehnya.

Menurut Astro Arena, bekas jurulatih PKNS itu merupakan antara tiga calon jurulatih yang dikaitkan ke Perak FC.

Namun, bekas jurulatih kebanggsaan Brunei itu tiada menyatakan hala tujunya lagi sama ada beliau akan kembali kemudi kelab Liga Malaysia atau sebaliknya.

Advertisements

“Setakat ini tiada apa-apa.

“Spekulasi ada tapi berita yang sebenarnya belum lagi,” kata Rajagopal dipetik daripada Stadium Astro.

Tambahnya lagi, beliau ketika ini baru sahaja pulang daripada Brunei atas urusanya dan beliau sedia mempertimbang masa depanya kelak.

Advertisements

“Saya akan fikir pasal saya baru balik dari Brunei.

“Mungkin saya perlu fikirkan dengan baik (mendalam) apa yang terbaik buat saya sendiri pada masa depan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau akui kelebihan yang ada pada rakan karibnya, Tan Cheng Hoe yang juga merupakan calon pilihan jurulatih Perak FC.

Advertisements

“Tan Cheng Hoe mempunyai pengalaman yang luas dalam menerajui pasukan negeri dan negara,” katanya di Astro Arena.

Beliau dijangka bakal sertai pasukan daripada Liga Malaysia tidak lama lagi.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram