Detik Indah Farizal Marlias Seru Aidil Zafuan Julang Piala FA
Dunia
Unifi/MFL
Advertisements

Tindakan kapten pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Mohd Farizal Marlias telah mencuri tumpuan ramai apabila beliau dilihat memanggil pertahanan JDT, Aidil Zafuan untuk bersama-sama menjulang piala pada semalam.

Pasukan Johor Darul Ta’zim telah sah bergelar juara Piala FA 2022 setelah menewaskan pasukan dari Pantai Timur, Terengganu FC. Dua jaringan Bergson Da Silva memastikan JDT menang bergaya keatas Terengganu dengan keputusan 3-1.

Satu detik indah sempat dirakam yang memperlihatkan Farizal memanggil Aidil untuk ke hadapan pentas, untuk mengangkat piala. Piala FA itu akhirnya dijulang bersama para pemain JDT dengan diketuai Aidil.

Advertisements

Sikap saling menghormati antara pemain JDT telah menggambarkan satu sudut keindahan dalam bola sepak. Sungguhpun Aidil kini jarang diturunkan dalam skuad JDT ketika ini, namun jasa dan pengobanannya sebagai sebuah keluarga JDT tidak pernah dilupakan.

Gelaran juara Piala FA 2022 ini sekaligus mencatatkan trofi ke-20 yang berjaya dirangkul JDT sejak 2013. Setakat ini, pasukan JDT telah merangkul 8 trofi Liga Super, 7 Piala Sumbangsih, 2 Piala Malaysia, 2 Piala FA dan 1 Piala AFC.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram