Blog
Advertisements

England telah tewas di tangan Itali pada final Euro 2020 dan bola sepak gagal pulang ke rumah. Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Wembley itu, England seharusnya menyalahkan diri sendiri kerana tidak berjaya memperagakan aksi yang baik sepanjang perlawanan berlangsung dan kesempatan itu digunakan Itali yang ternyata mempunyai kelebihan apabila berhadapan penentuan sepakan penalti.

Italy 1 Pemain England Segera Menanggalkan Pingat
Itali meraikan kejayaan menjulang piala [AFP]

Selepas tewas, pemain England dikecam teruk oleh selebriti dari England dan UK secara umumnya kerana tidak menghormati majlis penyampaian medal. Ini disebabkan oleh, kebanyakan dari mereka dengan pantas menanggalkan pingat yang dikalungkan ke leher.

Persoalannya di sini,  adakah mereka malu dengan pingat perak yang dimenangi? Atau mereka tidak mengamalkan etika yang baik untuk menghormati majlis?

Advertisements

Peminat bola sepak berbeza pendapat dalam hal ini namun kebanyakannya lebih memilih agar pemain England tidak berbuat perangai tersebut (menanggalkan medal).

Peminat bola sepak dunia mengecam tindakan segelintir pemain England yang dianggap seperti perangai keanak-anakan apabila dikalungkan pingat.

Antara pemain yang dapat dikesan berkelakuan sedemikian ialah Luke Shaw, Mason Mount, Jack Grealish, Phil Foden, Kyle Walker dan ramai lagi. Namun rata-ratanya memuji Jordan Henderson yang menunjukkan contoh terbaik dan mengajar pemain England yang lain bagaimana menghormati sesuatu upacara apabila dikesan kekal memakai pingat.

Advertisements
https://www.youtube.com/watch?v=rIeXIKwwexE
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram