Ads
Dunia
Paula Reis / Flamengo

Kejayaan pasukan Flamengo menjulang Piala Copa do Brasil ketika menewaskan Corinthians pada semalam telah dihiasi dengan momen indah. Pasukan Flamengo mengesahkan kejuaaran setelah menang dalam penentuan sepakan penalti, 6-5 di Stadium Maracanã.

Advertisements

Perancang tengah Flamengo, Diego Ribas mengambil kesempatan tersebut untuk menzahirkan penghargaan kepada insan-insan belakang tabir.

Advertisements

Selepas menjulang piala bersama rakan sepasukan, beliau dirakam berjalan ke arah petugas-petugas stadium dan membawa bersama trofi kejuaraan untuk bergambar bersama para pekerja pembersihan Stadium Maracanã.

Advertisements

Advertisements

Para pekerja stadium itu dilihat amat teruja dan menunjukkan riak wajah yang cukup gembira dapat meraikan malam gemilang itu bersama kapten pasukan Flamengo itu.

Tindakan pemain berusia 37 tahun itu telah mendapat pujian dan ramai dalam kalangan peminat bola sepak seluruh dunia menyatakan rasa hormat serta bangga dengan sikap Diego Ribas.

Advertisements
Advertisements

Kemenangan Flamingo dalam perlawanan semalam merupakan gelaran kali keempat dalam sejarah Flamingo menjulang Copa do Brasil apabila sebelum ini mereka menjulangnya pada 1990, 2006 dan 2013.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram