Advertisement
Dilepaskan Kelantan, Zubir Azmi Tanya Siapa Tu?
Dunia
MakanBola
MFL

Selepas Felipe Hereda dan Nixon Guylherme sah tidak akan menyarung jersi Kelantan FC musim hadapan, sebentar tadi lima pemain lagi disahkan tidak berada dalam perancangan pengurusan bagi Liga Super 2023.

Lima pemain tersebut adalah bekas pertahanan kiri skuad kebangsaan, Zubir Azmi, Adam Nadzmi, Adam Malique, Muhammad Asfa dan Amin Faisal. Zubir Azmi dan Muhammad Asfa telah menyertai Kelantan sejak tahun 2021 manakala Adam Malique, Adam Nadzmi dan Amin Faisal antara muka baharu yang menyertai pasukan pada musim 2022.

Berita tersebut diumumkan sendiri oleh pihak pengurusan melalui medium media sosial rasmi mereka seperti di Facebook dan Instagram.

Pihak pengurusan tertinggi Kelantan juga telah menyelesaikan tanggungjawab kepada lima pemain yang tidak disambung kontrak tersebut termasuk pembayaran gaji terakhir mereka.

Namun pengumuman yang dibuat oleh pihak pengurusan Kelantan itu telah dikongsi oleh Zubir Azmi di ‘instagram story’ beliau berserta satu kapsyen yang menimbulkan tanda tanya kepada segelintir penyokong Kelantan.

Dalam muatnaik tersebut, Zubir seperti bertanyakan sesuatu mengenai situasi yang dihadapi beliau bersama pasukan Kelantan.

“Dah settle (selesai) ke?,”tanya Zubir sambil meletakkan tanda pagar #YTJT yang selalunya menjadi singkatan kepada ayat ‘Yang Tahu Je Tahu’.

Zubir Azmi IG Dilepaskan Kelantan, Zubir Azmi Tanya Siapa Tu?
Muatnaik Zubir Azmi di instagram story miliknya.

Selain Zubir, seorang lagi pemain yang beraksi untuk Kelantan musim lalu iaitu Jasmir Mehat juga memuatnaik status beberapa hari lalu yang turut meletakkan tanda pagar #YTJT.

Walaupun diasak dengan pertanyaan mengenai gaji, admin laman Facebook Kelantan FC menegaskan bahawa tanggungjawab terhadap kesemua pemain tersebut telah dilunaskan termasuk pembayaran gaji terakhir mereka.

Admin kelantan fc Dilepaskan Kelantan, Zubir Azmi Tanya Siapa Tu?
Penjelasan daripada Admin Facebook Kelantan FC.