Diogo Luis Santo Dikaitkan Bakal Kembali Ke Malaysia
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Bekas penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Diogo Luis Santo kini hangat dikaitkan dengan kepulangan ke Liga Malaysia.

Pemain berpengalaman itu sebelum ini sudah pun beraksi di Malaysia bersama skuad Harimau Selatan sebelum kembali semula ke Thailand.

Walau bagaimanapun, hubungan penyerang berusia 35 tahun itu sedikit dingin bersama majikannya selepas beliau dilihat kerap kali memanaskan bangku simpanan.

Advertisements

Akhirnya, Diogo membuat satu pengumuman menerusi Instagramnya dengan menyatakan bahawa kontraknya telah pun ditamatkan oleh kelab serta-merta.

Menerusi satu ciapan oleh penyokong bola sepak JDT, Juan Budiman, beliau memaklumkan bahawa pemain ini bakal menjadi pemain kedua yang ditandatangani oleh juara bertahan Liga Super itu bagi musim hadapan.

 Sebelum ini, JDT sudah pun membuat pengumuman rasmi bahawa kelab akan. membawa masuk empat muka baharu dengan seorang pemain tempatan dan tiga pemain luar negara jadi buruan mereka.

Advertisements

Namun begitu, masih tiada pengumuman rasmi berkenaan mana-mana pemain yang dimaksudkan oleh JDT walaupun nama-nama seperti bekas bintang Barcelona, Gerard Pique turut dikaitkan ke kelab Selatan tanah air ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram