Dion Cools Akan Sertai Skuad Harimau Malaya Di Piala AFF
Dunia
Football Association Malaysia
Advertisements

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Astro Arena, pemain campuran Malaysia-Belgium Dion Cools dijangka menyertai Skuad Kebangsaan di perlawanan keempat Kumpulan B dalam Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2020 di Singapura, 19 Disember ini.

“Tonggak pertahanan yang berusia 25 tahun itu menjadi pemain terakhir yang akan menyertai skuad kebangsaan di Singapura sejurus menamatkan tugasannya bersama kelab, FC Midtjylland yang bakal berdepan Brondby dalam suku akhir Piala Danish pada 13 Disember ini,” kata pengurus pasukan, Datuk Mohd Yusoff Mahadi.

Beliau berkata, pemain campuran itu berhasrat untuk beraksi bersama skuad kebangsaan dalam perlawanan AFF Suzuki yang akan berlangsung tidak lama lagi

Advertisements

“Pegawai kita ada berhubung dengan Cools dan beliau memang menyatakan minat untuk bersama Harimau Malaya di Piala AFF 2020.”

Sebelum ini, skuad kendalian Tan Cheng Hoe muncul naib juara apabila tewas kepada Vietnam secara agregat 3-2 tetapi Mohd Yusoff yakin skuad Harimau Malaya mampu buktikan bahawa mereka layak ke perlawanan akhir Piala AFF yang berprestij itu.

“Agak lama tidak menang Piala AFF, lebih 10 tahun tetapi setakat ini belum boleh janji kita boleh juara kerana sasaran kita ke final dahulu,” katanya. Sementara itu, pihak FAM turut berterima kasih kepada kelab Cools kerana memberi pelepasan buat pemain yang berpengalaman itu. Dion Cools merupakan prospek penting untuk skuad negara dalam kejohanan itu nanti.

Advertisements

“Kita terlepas khidmat Cools dalam beberapa perlawanan awal di Singapura tetapi kita bersyukur kerana FC Midtjyland bersedia melepaskan pemainnya ketika musim sejuk walaupun perkara itu berat bagi kelabnya. Cools akan bersama kami pada perlawanan keempat dan saya dapat tahu beliau gembira serta tidak sabar untuk membantu negara,” jelasnya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram