Dion Cools Bakal Buat Penampilan Di UEFA Europa League
Dunia
Instagram: @djcools21
Advertisements

Pemain pertahanan negara, Dion Cools telah didaftarkan sebagai pemain Midtjlland FC bagi mengharungi saingan UEFA Europa League (UEL) kelak. Nama pemain berjersi nombor 2 ini telah tersenarai di dalam laman web rasmi UEFA sejak semalam.

Pemain berusia 25 tahun itu telah menandatangani kontrak selama tiga tahun bersama FC Midtjlland sehingga Jun 2023. Berikutan aksi cemerlang yang ditampilkan, Cools berjaya mendapat mandat daripada jurulatihnya untuk membarisi skuad utama kelab bersaing di UEL.

Setakat ini, Dion Cools telah membuat sebanyak 29 penampilan dan berjaya menjaringkan satu gol selama bersama pasukan.

Advertisements

FC Midtjlland telah diundi dalam Kumpulan F bersama tiga kelab lain iaitu Ludogorets, Crvena Zvenda dan kelab dari Portugal, SC Braga dalam kempen kali ini.

Cools bersama rakan sepasukan akan memulakan perlawanan pertama peringkat kumpulan menentang kelab dari Bulgaria, Ludogorets pada Jumaat depan 17 September 2021. Kelibat pemain kacukan Malaysia/Belgium ini pasti dinanti-nantikan penyokong bola sepak tempatan.

Sambil itu, Dion Cools baru-baru ini turut menyatakan keterujuaanya dan rasa tidak sabar untuk beraksi bersama skuad kebangsaan. Pengalaman beliau beraksi di peringkat Eropah sedikit sebanyak pasti akan membantu skuad negara dalam mengharungi siri perlawanan akan datang.

Advertisements

Semoga Dion Cools dan FC Midtjlland dapat mempamerkan aksi terbaik bersama pasukan dalam saingan UEL nanti.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram