Dunia
Unit Media Ultras Malaya
Advertisements

Pemain pertahanan FC Midtjylland, Dion Johan Cools meluahkan perasaan bercampur-baur yang dirasainya ketika ini setelah peluang untuk menyarung jersi pasukan kebangsaan akhirnya menjadi kenyataan.

Pemain berusia 25 tahun itu telah melengkapkan kehadiran beliau sebagai pemain Harimau Malaya ketika membantu pasukan bimbingan Tan Cheng Hoe mengharungi kempen Kelayakan Piala Dunia 2022 di Emeriah Arab Bersatu (UAE) sebelum ini.

Pemain kelahiran Sarawak ini seringkali menunjukkan keterujaan beliau ketika diberi peluang untuk membarisi pasukan negara sungguhpun beliau turut berkelayakan untuk mewakili pasukan kebangsaan Belgium.

Advertisements

Ketika ditanya menerusi satu sesi soal jawab di laman Instagram rasminya, beliau dengan spontannya menjelaskan bahawa ia merupakan satu kebanggaan untuk mendapat peluang bermain buat Malaysia.

‘Saya rasa terhormat, bangga dan juga sangat gembira.’

Beliau turut menegaskan rasa keterujaannya untuk beraksi buat pasukan negara di hadapan puluhan ribu penyokong yang membanjiri stadium jika keadaan sudah kembali seperti sediakala.

Advertisements

Sebagai rekod, Cools beraksi sebanyak tiga perlawanan ketika kempen kelayakan menentang UAE, Vietnam dan juga ketika merakam kemenangan ketika menentang pasukan Thailand.

Sungguhpun beliau tidak beraksi di posisi yang menjadi kegemaran beliau, namun sikap profesionalisme dan disiplin yang tinggi oleh pemain ini membolehkannya membentuk persefahaman yang amat baik bersama rakan sepasukan.

dion cools q n a Dion Cools Tak Sabar Beraksi Depan Penyokong Malaysia
Instagram @djcools21

Tambahan pula, beliau tidak pernah sesekali menunjukkan rasa kekesalannya menyarung jersi kuning hitam ini, malah perasaan bangga sentiasa terpahat dalam dirinya untuk memberikan yang terbaik ketika di atas padang.

Advertisements

Beliau turut menjelaskan di IG Storynya bahawa beliau tidak sabar untuk beraksi di depan penyokong Malaysia dengan kapasiti penuh.

Beliau juga ketika ini sedang menampilkan prestasi cemerlang bersama pasukannya itu apabila berjaya menempatkan diri dalam aksi Liga Eropah (UEL) pada musim ini.

Pengalaman beraksi dalam perlawanan kompetitif bertaraf dunia di Eropah pasti menjadi momentum terbaik buat beliau dan anak buah Cheng Hoe untuk terus memperagakan aksi yang terbaik dalam beberapa siri perlawanan persahabatan dan kejohanan yang akan datang.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram