Walaupun ramai netizen berasa malu kepada Dion Cools berikutan kekalahan kedua berturut-turut kepada UAE dan Vietnam, namun Dion memberi maklum balas berbeza menerusi akaun media sosial miliknya.
Dion Cools berbangga dengan prestasi semasa Harimau Malaya dan beliau tidak akan pernah menyesal bermain bersama pasukan ini.
“Saya berbangga dengan cara Malaysia beraksi.”
Dion juga memaklumkan bahawa Malaysia akan menerima nasib yang lebih baik pada masa akan datang.
BACA JUGA: Dion Cools Korbankan Piala Dunia Demi Malaysia
“Nasib akan menyebelahi Malaysia kelak.”
Walaubagaimanapun Dion turut kecewa dengan keputusan perlawanan.

“Nak cakap apa lagi, kita tidak sepatutnya tewas. Sangat menyedihkan”, jelas Dion Cools.
Dion Cools beraksi bersama Malaysia dalam 2 perlawanan secara penuh dan aksi beliau menerima pujian peminat bola sepak Malaysia yang menganggap Dion sebagai matang dan berpengalaman dalam mengawal barisan pertahanan dan membantu bahagian serangan.