Dion Cools Beri Sokongan Padu Kepada Skuad Malayan Tigress
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Menjelang aksi terakhir Kumpulan A, Kelayakan Piala Asia Wanita B-17 menentang Thailand esok, anak-anak buah Petronella Downy dilihat tidak sabar menentang pasukan tuan rumah. Dan mereka turut mendapat suntikan motivasi apabila kem Malayan Tigress B-17 menerima kunjungan kapten Harimau Malaya, Dion Cools.

Ia merupakan satu kejutan yang baik buat anak-anak buah Petronella sepanjang tempoh mereka di Buriram, Thailand. Ini kerana mereka tidak menyangka Cools masih mampu meluangkan masa bersama Malayan Tigress B-17 biarpun sibuk berlatih untuk kelabnya, Buriram United menjelang aksi menentang Port esok.

Dalam sesi bersama mereka, bekas bek tengah FC Midtjylland itu bukan sekadar berkongsi pengalaman sebagai kapten dan pemain pertahanan. Malah, Cools juga turut memberi kata-kata semangat kepada mereka untuk menunjukkan aksi terbaik menentang Thailand esok.

Advertisements

Kunjungan Cools turut dilaporkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerusi hantaran di laman media sosial rasmi mereka. Di ruangan komen, ramai memuji tindakan kapten Harimau Malaya itu kerana sentiasa memberi sokongan kepada pasukan negara dalam apa jua kapasiti.

Malayan Tigress B-17 sebelum itu cemerlang menewaskan Kepulauan Mariana Utara 5-1 dalam perlawanan kedua Kumpulan A semalam. Penyerang Sabah, Rocillyeka Lole menceriakan kem negara dengan menyumbang kelima-lima gol dalam perlawanan berkenaan.

Pasukan yang menduduki kedudukan teratas setiap kumpulan kelayakan termasuk Kumpulan A bakal mengharungi pusingan kedua Kelayakan Piala Asia Wanita B-17 yang akan diadakan pada September ini. Ini sesuatu yang mahu dicapai anak-anak buah Petronella esok dengan menewaskan Thailand.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram