Kelab Liga Utama Denmark, FC Mitdjylland telah pun mengumumkan penamatan kontrak pemain tersebut menerusi persetujuan bersama.
Pertahanan kental Harimau Malaya ini sudah pun berkelana di kelab tersebut hampir 2 musim dan menjadi tunjang pasukan.
Walau bagaimanapun, beliau telah pun dilepaskan secara pinjaman pada musim lalu untuk menyertai kelab Belgium, Zulte Waregem bagi mendapatkan minit permainan secukupnya.
Namun begitu, menerusi satu kenyataan oleh laman rasmi kelab itu hari ini, FC Midtjylland and Dion Cools telah pun mencapai persetujuan untuk pembatalan kontraknya yang berbaki.
Hal ini bermaksud, bekas bintang Club Brugge itu kini berstatus ejen bebas dan bebas mencari kelab lain bagi meneruskan kelangsungan kariernya.
Cools sudah pun melakukan 53 penampilan sepanjang berkelana di sana sejak tahun 2020 kini sudah dibenarkan untuk membawa haluan baharu.