Advertising
Dion Cools Hangatkan Aksi Perlumbaan Di Buriram
UltraSukan
FAM/TSS
Sponsors

Kapten Harimau Malaya, Dion Cools hadir memberi sokongan kepada aksi perlumbaan The Super Series yang berlangsung di Buriram, Thailand.

Kelibat Cools dikesan berada di Litar Antarabangsa Chang di Buriram pada hujung minggu lalu bagi menyaksikan Thailand Super Series yang diadakan bermula 13 hingga 15 Disember.

Ad

Menerusi temu bual bersama Astro Arena, Cools berkata, kehadiran beliau adalah di atas jemputan oleh salah satu pasukan yang bertanding di sana dan sangat teruja untuk menonton perlumbaan tersebut.

Ad

”Pasukan yang berlumba ini menjemput saya untuk melihat aksi di sebalik tabir dan juga menonton perlumbaan ini,” kata Cools kepada wartawan Astro Arena, Faizal Bazari.

“Jadi, pertamanya, terima kasih di atas jemputan ini dan saya serta keluarga berasa sangat teruja untuk melihat bagaimana perjalanan perlumbaan ini.”

Ad

Jelas Cools, sukan lumba kereta pastinya menjadi minat bagi setiap lelaki dan merasakan ini peluang terbaik untuk keluar bersama keluarga di hari cuti dengan lokasi yang tidak jauh dari kediaman.

Ad

”Saya tinggal tidak jauh dari sini dan sudah tentu saya akan datang untuk menyinggah,” ujar pertahanan Buriram United itu lagi.

Ad

”Saya kira semua lelaki berminat untuk mendengar bunyi bising dari enjin kereta dan melihat kereta yang sangat laju dan ini peluang yang baik di hari cuti untuk menontonnya.”

Saingan Thailand Super Series 2024 baru sahaja menutup tirai pada Ahad, 15 Disember yang menyaksikan B-Quik Absolute Racing mempertahan kejuaraan bagi kategori Super Car GT3.