Dion Cools Hanya Perlukan 12 Hari Julang Trofi Pertama Di Asia
Dunia
Buriram United
Advertisements

Kapten pasukan Harimau Malaya, Dion Cools hanya memerlukan 12 hari untuk membuktikan kalibernya beraksi di pentas bola sepak Asia.

Anak jati kelahiran Sarawak ini telah membuat keputusan untuk meninggalkan bumi Eropah dan mencuba haluan bola sepak baru di Asia Tenggara bersama Buriram United.

Pemain berusia 26 tahun ini secara rasmi menjadi milik juara Liga 1 Thailand musim lalu, Buriram United daripada kelab Republik Czech, FK Jablonec pada 3 Januari yang lalu.

Advertisements

Beliau mengambil masa yang cukup singkat apabila terus memberi impak dalam satu aksi Piala Perisai berdepan Kelantan FC semalam.

Cools diturunkan dalam kesebelasan utama pasukan dan bermain pada posisi kegemarannya iaitu pertahanan kanan.

Bekas pertahanan Club Brugge ini tampil dengan cukup bersahaja selain memainkan peranan yang cukup penting buat pasukan.

Advertisements

Hasilnya, beliau berjaya mencetak satu bantuan gol untuk melengkapkan malam gemilang Buriram United membelasah Kelantan 7-0.

Cools dijangka akan terus memainkan peranan yang penting bagi memacu kejayaan pasukan di pentas ACL musim ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram