Impak Dion Cools Bakal Jadi Kunci Harimau Malaya di King’s Cup
Dunia
Khairul / MakanBola
Advertisements

Kemenjadian pertahanan kental Harimau Malaya, Dion Cools ditagih untuk membantu pasukan negara dalam kejohanan King’s Cup di Thailand.

Pemain berusia 26 tahun itu kini sedang menikmati musim cemerlang setelah melengkapkan perpindahan ke kelab Republik Czech, FK Jablonec.

Bekas bintang Club Brugge ini kembali mendapat rentak terbaiknya bersama kelab tersebut apabila berjaya menjaringkan gol dalam aksi debutnya di sana.

Advertisements

Cools memainkan peranan yang cukup penting ketika mengemudi pertahanan kanan pasukan selepas mencatatkan kemenangan ke atas Slovácko dengan keputusan 0-2 dalam satu aksi perlawanan Liga Czech sekaligus naik 4 anak tangga ke tangga ke-9 liga.

Pengalaman dan juga kematangan dalam aksinya terus ditagih oleh ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon bagi memantapkan lagi pasukan tatkala fleksibiliti dan variasi posisi yang boleh dimainkan pemain kelahiran Kuching, Sarawak ini penting dalam sistemnya.

Bintang yang pernah beraksi di pentas tertinggi Eropah ini sudah pun membantu Malaysia ketika aksi Kelayakan Piala Asia tempoh hari dan kini dalam satu lagi misi penting sebagai persiapan ke Piala AFF Mitshubishi Electric hujung tahun ini.

Advertisements

Penghargaan yang telah diberikan oleh media Czech membuktikan kualiti Cools untuk terus menjadi sandaran utama pasukan kebangsaan selain sudah pun beraksi sebanyak 53 perlawanan sepanjang dua musim di FC Midtjylland.

Malaysia bakal turun berdepan tuan rumah, Thailand pada 22 September sebelum melengkapkan aksi pada 25 September sama ada berdepan Trinidad & Tobago atau Tajikistan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram