Dion Cools Kembali Ke Belgium?
Dunia
DJCools21
Advertisements

Pertahanan sensasi Malaysia, Dion Cools dikatakan bakal membuat kepulangan ke Belgium untuk menyertai salah sebuah kelab di sana.

Pemain berusia 26 tahun telah pun ditamatkan kontrak bersama FC Midtjylland setelah mencapai persetujuan bersama baru-baru ini.

Setelah membuat 53 penampilan dan beraksi selama 2 musim di sana, beliau akhirnya difahamkan mahu membawa haluan baharu.

Advertisements

Masa depan pemain kelahiran Kuching, Sarawak ini menimbulkan pelbagai tanda tanya selepas beliau dikhabarkan bakal kembali ke Malaysia.

Namun begitu, menurut satu laporan daripada media Belgium, mereka percaya bekas pertahanan Club Brugge masih memiliki kualiti untuk beraksi bersama kelab gergasi Jupiler Pro League.

Advertisements

Usia dan pengalaman luasnya di pentas tertinggi bola sepak Eropah boleh menjadi salah satu faktor yang memungkinkan beliau kekal beraksi bersama kelab besar di sana.

“Beliau masih baru berusia 26 tahun dan memilki pengalaman bersama OHL, Club Brugge, dan Zulte Waregem.”

Advertisements

“Beliau (Cools) masih boleh menjadi pemain gantian bersama kelab besar Belgium. Tak sabar untuk melihat perkara itu berlaku,” jelasnya.

Cools juga sudah pasti menimbangkan beberapa faktor besar dalam kariernya termasuklah bagi mendapatkan minit permainan yang mencukupi.

Advertisements

Hal ini juga bagi memastikan beliau dalam keadaan bersedia sepenuhnya untuk membantu pasukan kebangsaan menghadapi beberapa kejohanan besar menjelang tahun hadapan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram