Dion Cools Mahu Bantu Malaysia Juarai Piala AFF
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Pemain pertahanan Harimau Malaya, Dion Johan Cools sudah pun melaungkan keyakinannya untuk terus membantu pasukan kebangsaan meraih kejuaraan Piala AFF kali ini.

Beliau yang telah membuat keputusan untuk mewakili Malaysia sudah pun beraksi dalam Kelayakan Piala Dunia baru-baru ini sungguhpun keputusan tidak memihak kepada skuad negara.

Namun begitu, beliau yakin bahawa skuad kendalian Tan Cheng Hoe mampu untuk menjelmakan sesuatu setelah barisan 28 orang pemain sudah pun diumumkan hari ini.

Advertisements

Faktor pengalaman yang luas disebabkan beraksi dalam saingan kompetitif di Eropah pastinya dimanfaatkan sebaik mungkin dalam usaha membantu pasukan negara untuk beraksi dengan cemerlang setelah berjaya menempah slot di peringkat akhir pada edisi sebelum ini.

Sungguhpun pemain berusia 25 tahun ini tidak dapat menyertai pasukan pada perlawanan awal disebabkan jadual yang bertembung dengan kelab, namun beliau masih menunjukkan semangat juang yang tinggi buat pasukan negara.

‘Mari kita dapatkan trofi itu,’ – Jelas Cools dalam satu ucapan di laman Twitter rasminya.

Advertisements

Tindakan Cools itu nyata mendapat perhatian para peminat tanah air yang seakan-akan sudah merindui aksinya di atas padang bersama pasukan kebangsaan.

Rata-ratanya mengucapkan kata-kata yang positif buat dirinya sambil mengharapkan agar beliau dapat mengulangi aksi terbaiknya di peringkat kelab bersama Malaysia.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram