Dion Cools Pastikan Malaysia Bermati-Matian Julang King’s Cup
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Pertahanan kental Harimau Malaya, Dion Cools mahu memastikan beliau dan rakan-rakan akan turun berjuang habis-habisan untuk menjulang King’s Cup di Thailand.

Pemain berusia 26 tahun itu kini tampil dengan aksi konsisten sejak tiba di Czech untuk menyertai FK Jablonec.

Katanya, beliau percaya bahawa pengendali pasukan kebangsaan, Kim Pan-gon mahu memanfaatkan pengalaman yang dimilikinya di pentas Eropah bagi mengemudi benteng Harimau Malaya.

Advertisements

Cools yang pernah beraksi bersama kelab ternama seperti Club Brugge mengakui selesa untuk mengemudi pasukan dari bawah.

“Saya rasa (Kim Pan-gon) mahu membawa pengalaman saya kepada pasukan.”

“Saya juga memiliki hubungan yang baik bersama jurulatih untuk bekerjasama,” jelasnya dalam satu temubual.

Advertisements

Pemain kelahiran Kuching, Sarawak ini mahu memastikan bahawa beliau dan rakan-rakan berusaha sebaik mungkin bagi menjulang Piala Raja Thailand ini.

Beliau turut mengakui bahawa pengalaman bekerjasama dengan rakan sepasukan di pentas tertinggi boleh sepak sudah tentu dapat memberi nilai tambah kepada persembahan Malaysia di Chiang Mai menentang tuan rumah esok hari.

 Malaysia yang berada pada kedudukan ke-147 dunia bakal turun menentang pasukan kendalian Mano Polking sebelum berdepan satu lagi cabaran sama ada Trinidad & Tobago atau Tajikistan pada aksi berikutnya, 25 September kelak.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram