Dion Cools Dijangka Pulang Ke Pangkuan Midtjylland
Dunia
esseveeofficial
Advertisements

Pemain pertahanan kanan Harimau Malaya, Dion Cools dilaporkan bakal pulang ke pangkuan kelab asalnya setelah tempoh pinjaman tamat.

Beliau yang kini berusia 26 tahun sedang menikmati musim yang baik bersama kelab baharunya, Zulte Weregem yang beraksi di Liga 1 Belgium ketika ini.

Cools memilih untuk melanjutkan perjalanan kariernya disebabkan mahu mendapatkan minit permainan yang lebih kerap di peringkat kelab.

Advertisements

Hasilnya, pemain kelahiran Sarawak, Malaysia ini telah berjaya memperoleh peluang untuk beraksi sebanyak 9 perlawanan selain memperoleh 1 bantuan gol musim ini.

Bukan itu sahaja, bekas bintang Club Brugge ini beraksi dalam kesebelasan utama pasukan dalam semua perlawanan yang beliau beraksi.

Nama Cools juga tidak asing lagi di bibir para penyokong Harimau Malaya setelah kali pertama beraksi di bawah kendalian bekas jurulatih, Tan Cheng Hoe.

Advertisements

Namun begitu, menurut ciapan oleh Waltfoot, bintang Malaysia ini dilaporkan bakal pulang semula ke pangkuan kelab asalnya, FC Midtjylland setelah tempoh pinjamannya tamat.

Hal ini sudah pastinya memberi persaingan yang sengit buatnya untuk bersaing bagi merebut tempat memandangkan pasukannya beraksi cemerlang dalam saingan liga musim ini.

Beliau sudah pastinya mahu terus menambat hati barisan kejurulatihan Harimau Malaya yang baharu dalam usaha memastikan kehadirannya dapat membantu pasukan negara melakar kejayaan pada masa akan datang.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram