Dion Cools Sertai Jablonec, Kekal Beraksi Di Eropah
Dunia
djcools21
Advertisements

Pertahanan kental Harimau Malaya, Dion Cools menafikan desas-desus beliau pulang beraksi di Malaysia apabila difahamkan kekal beraksi di Eropah bersama FK Jablonec.

Pemain kelahiran Kuching, Sarawak ini telah pun beraksi bersama kelab Denmark, FC Midtjylland selama 2 musim dalam 53 perlawanna secara keseluruhannya.

Walau bagaimanapun, pemain berusia 26 tahun itu telah pun mencapai kata sepakat dan persetujuan untuk menamatkan kontrak  nya sekaligus menimbulkan pelbagai spekulasi mengenai masa depannya.

Advertisements

Persoalan ini terjawab apabila bekas pemain bawah 23 tahun Belgium ini difahamkan sudah pun menyertai salah sebuah kelab yang berpangkalan di Republik Czech.

Cools yang pernah beraksi bersama beberapa kelab di Eropah telah membuat keputusan untuk kekal beraksi di sana demi kelangsungan kariernya.

Sungguhpun terdapat pelbagai ura-ura namun hal ini telah pun disahkan sendiri oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerusi pengumuman senarai 25 orang pemain yang mewakili Harimau Malaya di King’s Cup.

Advertisements

Cools yang berada pada kemuncak prestasinya sudah pasti mahu mendapatkan minit permainan yang lebih banyak sekaligus bakal menjadi aset penting buat Harimau Malaya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram