Dion Cools Sertai JDT Lebih Awal?
Dunia
djcools21
Advertisements

Pemain bintang skuad Harimau Malaya, Dion Cools dilaporkan tidak tersenarai dalam skuad FC Midtjylland yang akan ke Belanda untuk kem latihan pra-musim.

Perkara ini disahkan sendiri oleh pihak kelab Denmark itu dimana seramai 30 pemain dibawa oleh pengendali pasukan, Bo Henriksen. Namun begitu beliau membuat keputusan untuk tidak membawa pemain yang kembali ke kelab setelah menjalani tempoh pinjaman bersama pasukan lain musim lalu seperti Dion Cools.

Umum mengetahui bahawa Dion Cools akan menyertai kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) pada tahun hadapan dimana perkara ini disahkan sendiri oleh pemilik kelab iaitu Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim.

Advertisements

Selepas nama Dion Cools tidak tersenarai ke kem pra-musim kelabnya, terdapat desas desus yang mengatakan bahawa pemain kacukan Malaysia-Belgium itu akan menyertai JDT lebih awal dari yang sepatutnya.

Memandangkan kontrak beliau akan tamat pada Jun tahun hadapan, beliau dijangka akan terus beraksi di eropah sehingga tamat kontrak sebelum berhijrah ke JDT.

Sudah semestinya JDT tidak akan membayar amaun yang terlalu tinggi untuk mendapat khidmat Dion Cools memandangkan mereka kini sudah mempunyai barisan pertahanan mantap dengan kehadiran pemain baharu berprofil tinggi iaitu Jordi Amat.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram